Saiz: 6.5
Baru pakai 3 bulan.
Condition masih elok.
100% kulit.
Harga asal RM 279.
Nak jual RM 150 (nego)
Contact: 012-4683858
Info, berita dan gosip terkini daripada Liga Perdana Inggeris, Serie A Itali,La Liga Sepanyol dan perkembangan terkini arena bola sepak antarabangsa. Layari Lepak Football untuk pengalaman bola sepak terhebat.
Barcelona memberi amaran kepada Chelsea dan Manchester City bahawa Lionel Messi tidak akan dijual pada sebarang harga.
Cristiano Ronaldo muncul pemenang anugerah Ballon d'Or 2008 menewaskan Lionel Messi dan Fernando Torres untuk muncul pemain Liga Perdana Inggeris pertama memenanginya semenjak Michael Owen pada 2001. Ronaldo yang sebelum ini dilihat berpeluang cerah untuk menggondol anugerah tersebut nyata bukan tandingan pemain-pemain lain setelah mengharungi musim penuh gemilang bersama United. Beliau menjaringkan 42 gol musim lalu, muncul penjaring terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris dengan 31 gol dan Liga Juara-juara Eropah dengan 8 gol.
Selepas terlepas gelaran tersebut di tangan Kaka tahun lalu, Ronaldo kini dilihat mampu menyapu bersih anugerah-anugerah individu selepas muncul Pemain Terbaik Tahunan FIFPro sebelum ini.
Kejayaan Ronaldo ini adalah yang pertama buat pemain United selepas kali terakhir dimenangi oleh George Best pada tahun 1968 dan pertama untuk pemain Portugal sejak tahun 2000 yang dimenangi Luis Figo.
1. Cristiano Ronaldo (
2. Lionel Messi (
3. Fernando Torres (
4. Iker Casillas (
5. Xavi (
6. Andrei Arshavin (
7. David Villa (
8. Kaka (
9. Zlatan Ibrahimovic (
10 Steven Gerrard (
11. Marcos Senna (
12. Emmanuel Adebayor (
13. Wayne Rooney (
14. Sergio Aguero (
15. Frank Lampard (
16. Franck Ribery (France, Bayern Munich), 7 mata
17. Samuel Eto'o (
18. Gianluigi Buffon (
19. Michael Ballack (
21. Didier Drogba (
24. Edwin van der Sar (
Tiada Undian : Karim Benzema (Lyon), Pepe (Real Madrid), Luca Toni (Bayern Munich), Rafael van der Vaart (Real Madrid), and Yuri Zhirkov (CSKA Moscow).
Kumpulan E
Kumpulan G
Sir Alex Ferguson dan Didier Drogba masing-masing dikenakan tindakan oleh FA Inggeris atas kesalahan mempertikaikan keputusan pengadil dan membaling syiling ke arah penonton.
Sementara itu, Didier Drogba menghadapi penggantungan 3 perlawanan setelah FA mendapati beliau bersalah membaling semula syiling ke arah penonton ketika tewas kepada Burnley menerusi sepakan penalti dalam Piala Liga. Drogba yang menjaringkan gol pendahuluan Chelsea cuba meraikan gol bersama Frank Lampard namun dilontar dengan syiling oleh penyokong Burnley. Walaubagaimanapun Drogba melakukan tindakan bodoh melempar semula syiling tersebut ke arah penyokong sambil memberi isyarat lucah. Penggantungan ini menyaksikan Drogba bakal terlepas peluang beraksi menentang Newcastle, Arsenal dan Bolton selepas hanya melakukan 5 penampilan musim ini kerana kecederaan lutut.