Friday, February 22, 2008

Gosip Terkini

Manchester United menjadikan Karim Benzema sebagai sasaran utama untuk dibawa ke Old Trafford musim depan tetapi perlu membelanjakan £45 juta sepertimana yang ditegaskan oleh Lyon.

Wes Brown menolak tawaran sambungan kontrak buat kali ketiga dan kemungkinan besar beliau bakal meninggalkan Manchester United secara percuma musim depan.

Barcelona berminat untuk mendapatkan Xavi Alonso dengan nilai £13 juta.

Frank Lampard mungkin akan meninggalkan Chelsea hujung musim ini dengan Luca Modric disebut-sebut bakal menjadi pengganti.

Perpindahan David Nugent’s secara pinjaman ke Ipswich tergendala setelah beliau mengalami kecederaan paha.

Everton merancang untuk mendapatkan ketua pasukan Barnsley, Brian Howard yang menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Liverpool 2-1 dalam Piala FA.

Chelsea tidak akan membawa Ronaldinho ke Stamford Bridge sambil menyifatkan pemain tersebut sudah tua.

Pertahanan Liverpool, Daniel Agger mungkin akan beraksi menentang Middlesbrough sabtu ini setelah berehat 5 bulan kerana kecederaan.

Didier Drogba bakal bergandingan dengan Nicolas Anelka buat kali pertama dalam perlawanan akhir Piala Liga menentang Tottenham Hotspur Ahad ini.

Thursday, February 21, 2008

Liga Juara-Juara Eropah

Cabaran Kelab-kelab Inggeris Terancam

Harapan kelab Inggeris untuk terus mara ke pusingan seterusnya nampak mudah buat Manchester United, Chelsea dan Liverpool setelah mencatatkan keputusan yang selesa ke atas lawan masing-masing. Namun dua lagi kelab Inggeris iaitu Arsenal dan Celtic menempah laluan sukar setelah gagal menumpaskan lawan di tempat sendiri.

Liverpool yang kini terumbang-ambing dalam liga di samping kekalahan memalukan di tangan Barnsley dalam Piala FA sabtu lalu mencuri tumpuan apabila menewaskan pendahulu Sirie A Itali, Inter Milan yang diletakkan sebagai pasukan pilihan. Kemenangan 2-0 di Anfield pastinya sudah kukuh untuk dibawa ke Milan memandangkan percaturan Benitez sentiasa menjadi di peringkat Eropah.

Kemenangan Liverpool turut dibantu oleh pengadil yang mencetuskan sedikit kontroversi setelah melayangkan kad merah kepada pertahanan Inter, Marco Materazzi setelah melakukan 2 kekasaran ke atas Fernando Torres. Mungkin reputasi Materazzi yang dikecam hebat selepas Piala Dunia akibat konfrantasinya ke atas Zinedine Zidane sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan pengadil untuk menghukumnya.

Kemenangan ini pastinya melegakan Benitez buat sementara dan seandainya Liverpool tersingkir daripada Liga Juara-juara selepas ini, empayar Benitez di Anfield mungkin akan berakhir.

Chelsea walaupun menampilkan persembahan kurang mantap ketika seri 0-0 menentang Olympiakos di tempat lawan pastinya akan memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri 2 minggu lagi. Pasukan bimbingan Avram Grant dilihat tidak akan menghadapi masalah untuk mengenepikan Olympiakos memandangkan Chelsea begitu kebal di gelanggang sendiri. Kali terakhir mereka tewas di Stamford Bridge adalah pada 2006 apabila ditewaskan Barcelona 2-1 setelah Essier Del Horno dilayangkan kad merah kerana mengasari Lionel Messi.

Manchester United musim ini dilihat sebagai pasukan pilihan yang mampu menjulang trofi juara eropah memandangkan kekuatan skuad mereka lebih baik berbanding musim lepas. Mereka belum pernah tewas musim ini dan seri 1-1 menentang Lyon hasil jaringan Carlos Tevez minit ke-87 pastinya melegakan Sir Alex Ferguson.

Kelebihan bermain di Old Trafford pasti menjadi azimat buat United sepertimana mereka membenam AS Roma 7-1 musim lalu. Paling melegakan peminat United adalah mereka tidak lagi perlu bergantung sepenuhnya kepada Ryan Giggs dan Paul Scholes sebaliknya memiliki barisan pelapis yang baik seperrti Nani, Anderson dan Carrick. Melihat kelibat Nani dan Anderson sejak akhir-akhir ini, mungkin sudah tiba masa untuk Scholes dan Giggs direhatkan.

Harapan Arsenal untuk menjulang tiga piala utama musim ini hancur satu persatu. Setelah dibelasah Tottenham Hotspur 5-1 dalam Piala Liga, mereka dibenam musuh tradisi, Manchester United di Old Traffod 4-0 pada pusingan ke-5 Piala FA. Pertembungan dengan AC Milan cuba dijadikan pengubat luka namun anak buah Arsene Wenger mensia-siakan banyak peluang di depan gol untuk kedudukan terikat 0-0.
Perlawanan ke-2 di Milan amat sukar buat The Gunners memandangkan Milan kental di gelanggang sendiri dan belum pernah tewas kepada pasukan Inggeris di Milan. Harapan Arsenal kini mungkin hanya kepada Liga Inggeris seandainya Manchester United tidak mampu mengejar kelebihan lima mata yang dimiliki mereka.

Celtic pula mensia-siakan kelebihan 2-1 pada separuh masa pertama apabila tewas 3-2 kepada juara 2006, Barcelona. Walaubagaimanapun Barcelona sememangnya berhak setelah menyerang kubu Celtic bertubi-tubi pada separuh masa kedua dan berjaya menjaringkan gol menerusi Tierry Henry dan Lionel Messi. Tugas di Nou Camp nanti begitu mustahil buat Celtic dan hanya keajaiban sahaja yang mampu membawa mereka ke suku akhir.

Jika dilihat daripada persembahan dan keputusan semasa, hanya Liverpool, Manchester United dan Chelsea sahaja yang berpeluang cerah untuk membawa cabaran kelab-kelab Inggeris ke peringkat suku akhir. Keajaiban mungkin berlaku untuk Arsenal tetapi mungkin tidak untuk Celtic.

Tuesday, February 5, 2008

Gosip Terkini

Manchester City bercadang untuk mengurangkan nilai yuran perpindahan Benjani dari Portsmouth. Walaubagaimanapun perpindahan tersebut bakal diteruskan hari ini.

Chelsea berminat mendapatkan pemain tengah antarabangsa Ghana, Anthony Annan.

Liverpool bakal memiliki Javier Mascherano secara sah.

Kevin Phillips bersetuju dengan kontrak terbaru bersama Wes Bromwich Albion.

Kata – kata pertama yang keluar dari mulut Fabio Capello untuk skuad England adalah "I hate losing".

Cristiano Ronaldo yang baru sahaja muncul pemain yang mendapat bayaran termahal dalam Liga Perdana Inggeris telah membelanjakan £4 juta untuk kediaman terbarunya yang dilengkapi dengan kolam renang dalam rumah, jakuzi, sauna, gim dan bilik multimedia.

Friday, February 1, 2008

Perpindahan Januari

Perpindahan Liga Perdana Inggeris berakhir hari ini dengan Jermain Defoe menjadi pemain terakhir yang berpindah kelab.

Portsmouth yang telah mendapatkan Milan Baros secara pinjaman berjaya membawa Defoe ke Fratton Park dengan nilai antara £7 juta – £12 juta.

Satu-satunya pemain yang pastinya kurang gembira hari ini ialah Benjani Mwaruwari, yang sepatutnya bersama Manchester City tetapi gagal tiba di Manchester pada waktu yang sepatutnya.

Walaubagaimanapun, City tetap berjaya mendapatkan penyerang antabangsa Ecuador, Felipe Caicedo dengan nilai £5 juta, juga Filippo Mancini yang merupakan anak lelaki kepada pemain lagenda Itali iaitu Roberto Mancini.

Redknapp kini mempunyai barisan penyerang yang mantap selain kedatangan Lassana Diara dari Arsenal untuk mengukuhkan bahagian tengah.

Chelsea sekali lagi berbelanja besar dengan pembelian Nicholas Anelka dari Bolton dan pemain pertahanan, Branislav Ivanovic dengan kedua-duanya mencecah £24 juta.

Anelka setakat ini dilihat tidak akan menghampakan Chelsea kerana beliau adalah penyerang yang terbukti berbisa di depan gol dan telah menjaringkan satu gol untuk Chelsea setakat ini daripada 4 penampilan pertamanya.

Manchester United juga tidak ketinggalan untuk berbelanja apabila mereka mendapatkan penyerang Angola, Manucho sementara Arsenal membelanjakan £200 ribu untuk pemain 15 tahun, Luke Freeman.

Arsenal sebelum ini dikatakan terdesak untuk mendapatkan pemain pertahanan sebagai ganti kepada Toure yang mengalami kecederaan namun bidaan lewat ke atas Woodgate mungkin akan merugikan mereka selepas ini.

Tottenham mendapatkan Woodgate bagi menyelesaikan masalah bahagian pertahanan mereka dan gandingan Woodgate – Ledley King pastinya mantap seandainya kedua-dua pemain tidak lagi dibelenggu kecederaan.

Spurs juga berjaya membawa Alan Hutton dari Rangers dan kehadirannya mungkin menandakan penamat karier Pascal Chimbonda di White Heart Lane.

Middlesbrough pula membelanjakan wang hasil daripada penjualan Woodgate untuk penyerang Brazil iaitu Afonso Alves yang menjaringkan 35 gol dalam Liga Belanda musim lepas, dengan rekod perpindahan kelab melebihi £10 juta.

Liverpool mencatatkan rekod pembelian pertahanan termahal dalam sejarah kelab mereka apabila membawa Martin Skrtel dengan nilai £6 juta. Walaubagaimanapun, pemain antarabangsa Slovakia tersebut menampilkan aksi kurang memberangsangkan dalam perlawanan Piala FA menentang Havant & Waterlooville.

Mohamed Sissoko akhirnya berjaya meninggalkan Liverpool untuk bersama Juventus setelah gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama untuk tempoh yang lama.

Kelab-kelab bahawan yang sedang bergelut dengan penyingkiran juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan pemain-pemain baru yang dianggap mampu menyelamatkan mereka.

Bermingham dan Wigan paling berbelanja besar apabila mendapatkan James McFadden dan Marlon King, kedua-duanya bernilai £5 juta.

Fulham pula membuat percaturan berani dengan membawa Brede Hangeland, Leon Andreasen, Toni Kallio, Eddie Johnson dan pemain veteran Finland, Jari Litmanen.

Derby yang dilihat bakal tersingkir dari Liga Perdana musim ini membawa Robby Savage, Alan Stubbs dan Roy Carroll untuk cuba menyelamatkan mereka dari penyingkiran namun semuanya dilihat sudah terlambat.

Lebih kurang £40 juta dibelanjakan dengan Portsmouth, Chelsea dan Tottenham menerajui senarai berbelanja besar namun pembelian mereka dilihat berbaloi.

Tempoh tiga bulan seterusnya bakal memperlihatkan hasil. Walaubagaimanapun kemungkinan besar tidak banyak perubahan akan berlaku pada kedudukan 10 pasukan terbaik musim ini.