Wednesday, November 26, 2008

Liga Juara-Juara Eropah: Man U dan Arsenal ke Pusingan ke-2

Kumpulan E

Manchester United dan Villareal mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-juara Eropah setelah seri 0-0 pagi tadi. Kedua-dua pasukan kini mengutip mata yang sama namun kelebihan jaringan memihak kepada United untuk mendahului kumpulan E dan berpeluang cerah mara selaku juara kumpulan apabila bakal melayan kunjungan pasukan dari Denmark, AaB Aalborg di Old Trafford dalam perlawanan terakhir kumpulan.

Celtic gagal melayakkan diri ke pusingan kedua malah tersingkir dari Piala Uefa selepas tewas 2-1 di tangan Aalborg.

Kumpulan F

2 gol awal dari Jean Makoun dan Karim Benzema sudah cukup untuk membawa Lyon ke pusingan kedua, menewaskan Fiorentina yang terpaksa berpuas hati untuk bersaing dalam Piala Uefa.

Bayern Munich menewaskan Steau Bucharest 3-0 untuk mengiringi Lyon ke pusingan kalah mati hasil jaringan Miroslav Klose dan dan Luca Toni.

Kumpulan G

Skuad Arsenal yang turun buat kali pertama dengan Fabregas sebagai ketua pasukan turut layak selepas jaringan lewat Nicklas Bendtner 3 minit sebelum berakhir perlawanan berjaya menundukkan Dynamo Kiev 1-0. Turut layak adalah Porto yang menewaskan Fenerbahce 2-1.

Kumpulan H

Real Madrid mengiringi Juventus ke pusingan kedua dengan kemenangan 1-0 mengatasi BATE Borisov hasil jaringan Raul. Zenit St Petersburg tersingkir setelah seri tanpa jaringan dengan Juventus yang telahpun layak lebih awal.



Wednesday, November 19, 2008

Sir Alex dan Didier Drogba Dihukum

Sir Alex Ferguson dan Didier Drogba masing-masing dikenakan tindakan oleh FA Inggeris atas kesalahan mempertikaikan keputusan pengadil dan membaling syiling ke arah penonton.

Alex Ferguson yang sebelum ini mempertikaikan keputusan Mike Dean ketika United menang 4-3 ke atas Hull di Old Trafford digantung 2 perlawanan bermula 2 Disember dan turut dikenakan denda 10,000 pound. Beliau hanya dibenarkan bersama pemain di dalam bilik persalinan dan tidak dibenarkan mendekati kawasan pertukaran pemain berdekatan padang dan bangku simpanan. Dalam perlawanan tersebut, Ferguson tidak berpuas hati dengan keputusan Mike Dean yang tidak melayangkan kad kuning kedua ke atas pemain Hull, Michael Turner setelah mengasari Michael Carrick. Beliau turut mempersoalkan tindakan Mike Dean menghadiahkan sepakan penalti kepada Hull selepas pergelutan Rio Ferdinand dan Bernard Mendy dalam kotak penalti.

Sementara itu, Didier Drogba menghadapi penggantungan 3 perlawanan setelah FA mendapati beliau bersalah membaling semula syiling ke arah penonton ketika tewas kepada Burnley menerusi sepakan penalti dalam Piala Liga. Drogba yang menjaringkan gol pendahuluan Chelsea cuba meraikan gol bersama Frank Lampard namun dilontar dengan syiling oleh penyokong Burnley. Walaubagaimanapun Drogba melakukan tindakan bodoh melempar semula syiling tersebut ke arah penyokong sambil memberi isyarat lucah. Penggantungan ini menyaksikan Drogba bakal terlepas peluang beraksi menentang Newcastle, Arsenal dan Bolton selepas hanya melakukan 5 penampilan musim ini kerana kecederaan lutut.

Penggantungan ini adalah yang serupa diterima oleh Jamie Carragher pada 2002 kerana melakukan kesalahan yang sama.

Tuesday, November 18, 2008

Senarai Penjaring Terbanyak EPL


Pemain
Pasukan
Gol
Anelka Chelsea 12
Ronaldo Man Utd 8
Zaki Wigan 8
Agbonlahor Aston Villa 7
Bent Tottenham 7
Robinho Man City 7
Defoe Portsmouth 6
Geovanni Hull 6
Adebayor Arsenal 5
Carew Aston Villa 5
Cisse Sunderland 5
Fuller Stoke 5
Ireland Man City 5
Kuyt Liverpool 5
Lampard Chelsea 5

Berita Terkini

Penyerang Brazil, Ronaldo memberi gambaran yang beliau akan ke Manchester City tahun depan.

Didier Drogba mengakui kesalahannya membaling semula syiling ke arah penonton ketika tewas kepada Burnley dalam Piala Liga.

Real Madrid mungkin akan membawa Drogba ke Madrid bagi menyelesaikan masalah jentera serangan kelab Sepanyol tersebut selepas Ruud Van Nistelrooy tidak dapat beraksi sepanjang musim.

Fabio Capello memberi amaran kepada bintang England yang menarik diri dari perlawanan persahabatan sambil menegaskan mereka mungkin akan diketepikan.

Beliau sebelum itu tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh Liverpool yang tidak melepaskan Steven Gerrard atas alasan kecederaan.

Michael Owen mungkin akan meninggalkan Newcastle United musim depan setelah tidak berpuas hati diletakkan di bangku simpanan walaupun sudah cergas sepenuhnya.

Gareth Bale muncul satu-satunya pemain yang belum merasai kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris. Beliau yang menyertai Spurs Januari lalu di bawah kendalian Juande Ramos tidak beraksi dalam Final Piala Liga menewaskan Chelsea, juga dalam semua kemenangan Spurs di bawah kendalian Harry Redknapp. Kali terakhir beliau bermain, Spurs tewas 2-1 di tangan Fulham minggu lalu.


Panda 2009 Products

Wednesday, November 12, 2008

Manchester United bakal kehilangan khidmat Owen Hargreaves sepanjang musim ini untuk menjalani pembedahan lutut. Pemain yang dibeli dari Bayern Munich musim lepas hanya melakukan 37 penampilan untuk United dan terpaksa bergelut dengan kecederaan lutut yang dialaminya sejak 2 tahun lepas.

Beliau menjalani pembedahan lutut kanan pada hari Isnin lalu dan pembedahan lutut kiri akan dilakukan 2 minggu lagi. Keputusan untuk menjalankan pembedahan diputuskan setelah mendapatkan nasihat pakar, Dr. Richard Steadman yang sebelum ini berjaya menyelamatkan karier Alan Shearer, Michael Owen dan Ruud Van Nistelrooy.

Kecederaan ini juga bakal menyaksikan Hargreaves tidak akan terlibat dalam kempen England dalam kelayakan Piala Dunia 2010.


http://www.pctools.com/spyware-doctor-antivirus/

Monday, November 10, 2008

Chelsea Terus Terajui Liga, Spurs Selamat

Dengan tumbangnya Manchester United di tangan Arsenal 2-1 Sabtu lalu, harapan Arsenal untuk merangkul kejuaraan liga kembali terbuka setelah sebelum ini kelihatan terumbang-ambing, gagal mencatatkan kemenangan dalam 3 perlawanan berturut-turut.

Pertembungan Arsenal dan Manchester United adalah yang paling sengit musim ini dengan kedua-dua pasukan menampilkan corak serangan pantas yang akhirnya memihak kepada Arsenal hasil penyudah berbisa Samir Nasri. Manchester United harus menyalahkan diri sendiri atas kesilapan mempersiakan 2 peluang terbaik mereka melalui Ronaldo dan Rooney untuk sekurang-kurangnya berkongsi mata dengan Arsenal. Berpunca daripada Berbatov, Ronaldo menghidangkan Rooney peluang di depan gol untuk Manchester United mendahului, sebaliknya bintang England tersebut merembat bola ke arah penonton. Ronaldo pula menghantar bola ke sisi gawang Almunia pada separuh masa ke-2 walaupun menerima umpanan cantik Park Ji Sung.

Australia - Norton Internet Security 2009

Kekalahan United adalah yang ke-2 musim ini dalam liga, juga kekalahan ke-2 di tangan pesaing kejuaraan liga selepas ditewaskan Liverpool 2-1 di Anfield, dalam perlawanan yang menyaksikan United turun sebagai pasukan pilihan memandangkan Steven Gerrard dan Fernando Torres dibelenggu kecederaan.

Begitupun, United masih mampu berasa lega setelah menyaksikan bintang muda mereka, Rafael Da Silva menjaringkan gol cantik pada babak akhir permainan untuk membuktikan beliau mampu menggalas tugas di bahagian pertahanan United menggantikan Gary Neville.

Chelsea dan Liverpool masing-masing mencatatkan kemenangan untuk terus melebarkan jarak di persada liga. Liverpool menewaskan West Bromwich 3-0 hasil inspirasi Robbie Keane manakala Chelsea menewaskan Blackburn dalam aksi hujan lebat di Ewood Park.

Perebutan takhta liga kini terarah kepada Chelsea dan Liverpool namun Arsenal dan United masih berpeluang dengan United masih memiliki kelebihan 1 perlawanan.

Pergelutan di tangga 3 tercorot pula menyaksikan Newcastle kembali dalam kelompok penyingkiran setelah tewas 2-1 kepada Fulham. Sunderland pula buat kali pertama dalam kelompok tercorot selepas tumbang di tangan Portsmouth 2-1. West Bromwich mengambil alih kedudukan Tottenham di tangga tercorot dengan sentuhan Harry Redknapp sekali lagi memberikan kemenangan buat Tottenham, keluar dari zon bahaya buat kali pertama .

Saturday, November 1, 2008

Perlawanan Tumpuan: Tottenham vs Liverpool (Ahad 1.30 pg)

Ledley King mungkin dapat diturunkan menentang Liverpool setelah direhatkan ketika seri 4-4 dengan Arsenal Rabu lalu.

Jermaine Jenas yang sebelum ini cedera ibu jari kaki bersedia untuk beraksi. Walaubagaimanapun Michael Dawson masih digantung perlawanan akibat kad merah yang diterima ketika tewas kepada Stoke.

Robbie Keane yang sebelum ini cedera otot paha mungkil dapat diturunkan menentang kelab lamanya manakala Fernando Torres yang masih belum pulih sepenuhnya mungkin direhatkan.

Tottenham: Gomes, Hutton, Corluka, Woodgate, Assou-Ekotto, Bentley, Jenas, Huddlestone, Bale, Modric, Pavlyuchenko, King, Bent, Gunter, Lennon, Cesar, Zokora, O'Hara, Campbell.

Liverpool: Reina, Arbeloa, Carragher, Agger, Hyypia, Aurelio, Dossena, Babel, Benayoun, Gerrard, Mascherano, Alonso, Pennant, Kuyt, Keane, Riera, Lucas, Cavalieri.


Fakta Perlawanan:
Liverpool tidak pernah tewas kepada Spurs di bawah kendalian Benitez. Daripada 8 pertemuan sebelum ini, mereka menang 5 dan seri 3 kali sejak mencatatkan kemenangan 2-1 di White Heart Lane pada 17 Januari 2004.

Spurs telah mengutip mata 2 kali ganda di bawah kendalian Redknapp dalam 2 perlawanan berbanding 8 perlawanan sebelum ini di bawah kendalian Ramos.

Man Utd vs Hull City (Sabtu 10.55mlm)

Manchester United bakal berdepan Hull tanpa kelibat Wes Brown yang mengalami kecederaan pergelangan kaki dan kemungkinan Garry Neville akan kembali mengisi kekosongan di bahagian kanan pertahanan United.

Edwin Van Der Sar dan Michael Carrick juga bakal kembali ke kesebelasan utama.

Hull akan melakukan rombakan pertama dalam 6 perlawanan dengan Ian Ashbee digantung perlawanan, memberikan laluan untuk sama ada Bryan Hughes atau Bernard Mendy mengambil alih tugas.

Anthony Gardner terpaksa berehat untuk tiga minggu lagi berikutan kecederaan otot.

Man Utd: Van der Sar, Kuszczak, Foster, Neville, Rafael, Ferdinand, Vidic, Evans, O'Shea, Evra, Ronaldo, Carrick, Fletcher, Anderson, Giggs, Nani, Park, Rooney, Berbatov, Tevez.

Hull: Myhill, McShane, Turner, Zayatte, Dawson, Marney, Hughes, Boateng, Geovanni, King, Cousin, Barmby, Garcia, Windass, Mendy, Halmosi, Folan, Ricketts, Giannakopoulos, Duke.


Fakta Perlawanan:
United belum pernah tewas di gelanggang sendiri manakala Hull belum tewas di gelanggang lawan musim ini.

Hull hanya menewaskan United di Old Trafford dalam Piala FA pada Januari 1952 dengan kemenangan 2-0, musim yang menyaksikan United menjuarai liga buat kali pertama selepas perang dunia ke-2.

Selepas tiga hari dijinakkan Naib Juara Liga musim lalu iaitu Chelsea, Hull terpaksa menempuh minggu sukar bertemu dengan juara bertahan, Manchester United yang bakal meraikan kemenangan ke 400 di bawah pengurusan Sir Alex Ferguson.

Jadual Liga Perdana Inggeris

(Jadual perlawanan mengikut waktu UK)

Sabtu

Barclays Premier League
Chelsea v Sunderland, 15:00
Everton v Fulham, 12:45
Man Utd v Hull, 15:00
Middlesbrough v West Ham, 15:00
Portsmouth v Wigan, 15:00
Stoke v Arsenal, 15:00
Tottenham v Liverpool, 17:30
West Brom v Blackburn, 15:00

Ahad

Bolton v Man City, 16:00

Isnin

Newcastle v Aston Villa, 20:00