Thursday, January 24, 2008

Gosip Terkini

Arsene Wenger sedang mempertimbangkan untuk meminjamkan Theo Welcott kepada mana-mana kelab seandainya beliau masih gagal menyerlah di The Emirates.

Tottenham bakal melengkapkan perpindahan Tiago Mendes dari Juventus minggu ini, diikuti dengan Stewart Downing dari Middlesbrough dan pemain pertahanan Rangers, Alan Hutton.

Manchester City ingin mendapatkan penyerang Sevilla, Luis Fabiano setelah gagal mendapatkan Lucas Podolski dari Bayern Munich.

Kevin Keegan berharap untuk menjadikan Jonathan Woodgate sebagai pembelian pertama beliau, juga pemain antarabangsa Croatia, Luca Modric yang kini bersama Dynamo Zagreb.

Sementara itu, Gareth Southgate mungkin dapat memanfaatkan penjualan Woodgate untuk mendapatkan penyerang, Afonso Alfes dari AZ Alkmaar.

Dimitar Berbatov berjanji akan kekal bersama Tottenham hingga hujung musim, dengan menganggap kemenangan 5-1 ke atas Arsenal dalam League Cup membuktikan mereka mampu berada di kelompok 4 pasukan terbaik liga.

Pengurus Wigan, Steve Bruce akan berbincang “dari hati ke hati” dengan Titus Bramble sebelum memutuskan untuk menurunkannya dalam perlawanan Piala FA menentang Chelsea Sabtu ini.

Friday, January 18, 2008

Kembalinya Geordie Messiah ke Newcastle

Kevin Keegan telah kembali ke Newcastle untuk membimbing The Magpies buat kali kedua setelah hampir menjuarai Liga Perdana Inggeris pada musim 1995-96. Selepas meninggalkan Newcastle 10 tahun lalu, The Magpies tdak lagi berada dalam kelompok 4 pasukan terbaik dan pastinya harapan yang tinggi diletakkan pada Keegan kali ini.


Biodata Kevin Keegan

Kevin Keegan dilahirkan pada 14 Februari 1941 di Armthorpe, Doncaster, England. Beliau adalah satu-satunya pemain Inggeris yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Eropah 2 tahun berturut-turut pada tahun 1978-79, iaitu ketika bersama Hamburger SV. Awal kemunculannya, Keegan ditolak kelab tempat kelahirannya, Doncaster Rovers namun disambar Scunthorpe United dan melakukan 120 penampilan sebelum diikat oleh Liverpool dengan bayaran £35,000.

Liverpool
Keegan melakukan penampilan sulung untuk Liverpool dalam perlawanan menentang Nottingham Forest dan hanya memerlukan 12 minit untuk menjaringkan gol pertamanya. Sejak itu nama Keegan mula menyerlah dan diintai pasukan kebangsaan England. Keegan melakukan penampilan pertamanya bersama England bawah 23 tahun pada 1971 dan kemudiannya menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan senior dalam perlawanan menentang Wales di Ninian Park yang berkesudahan England menang 2-0.

Pada tahun 1973, Keegan bersama gandingannya, John Toshack berjaya membantu Liverpool memenangi kejuaraan liga pertama dalam tempoh tujuh tahun, juga Piala UEFA menewaskan Borussia Mönchengladbach 3-2 secara agregat dengan Keegan menjaringkan 2 gol dalam pusingan pertama.

England perlu menang ke atas Poland di Wembley untuk layak ke Piala Dunia 1974. Ketika keputusan terikat 1-1, Keegan yang berada di bangku simpanan bersiap sedia untuk masuk ke padang setelah mendengar namanya dipanggil oleh Sir Alf Ramsey. Namun beliau ternyata kecewa kerana ‘Kevin’ yang dipanggil ialah Kevin Hector iaitu penyerang Derby County yang hampir menjaringkan gol dengan sentuhan pertamanya setelah dimasukkan. Keegan gagal beraksi dan keputusan kekal 1-1 untuk melenyapkan harapan England ke Piala Dunia.

Tahun berikutnya Keegan terus menjadi penggempur berbisa untuk Liverpool namun mereka terpaksa akur menyerahkan takhta liga kepada Leeds yang mencatatkan rekod tidak tewas dalam 29 perlawanan liga berturut-turut musim itu. Walaubagaimanapun Liverpool berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala FA. Mereka bertemu dengan kelab yang pernah menolak Keegan iaitu Doncaster Rovers dan Keegan menjaringkan 2 gol untuk mengikat Doncaster sebelum menjaringkan 2 gol lagi pada perlawanan ulangan untuk menyingkirkan Doncaster. Keegan menjaringkan 2 gol lagi dalam laluan ke perlawanan akhir termasuk volley cantik menewaskan Peter Shilton yang bermain untuk Leicester City pada perlawanan separuh akhir. Liverpool kemudiannya membenam Newcastle United 3-0 pada perlawanan akhir dengan Keegan menjaringkan 2 gol.

Tahun 1975 menyaksikan Liverpool gagal menggongdol sebarang piala dan England juga gagal ke Piala Eropah 1976. Namun Liverpool kembali mengungguli liga dan menewaskan FC Bruges pada perlawanan akhir Piala UEFA hasil jaringan Keegan.

Pada tahun 1977, Liverpool menghampiri 3 kejuaraan iaitu Liga Inggeris, Piala Eropah dan Piala FA. Namun pengunguman Keegan untuk meninggalkan Liverpool pertengahan musim sedikit sebanyak menggongcang misi mereka tahun itu. Mereka tetap berjaya memenangi liga dan kejuaraan eropah tetapi tewas kepada musuh tradisi, Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA.

Selepas 323 penampilan akhirnya Keegan meninggalkan Liverpool dan menyertai Hamburger SV dengan nilai perpindahan £500,000. Liverpool menggantikan beliau dengan seorang pemain Scotland yang selepas itu turut menjadi lagenda, Kenny Dalglish.

Hamburg
Hamburger SV muncul juara liga buat kali pertama dalam sejarah setelah ketibaan Keegan pada musim 1978-79. Beliau diberi gelaran Mighty Mouse oleh penyokong Hamburg. Beliau dinobatkan Pemain Terbaik Eropah 2 tahun berturut-turut pada tahun 1978-79 dan bermain untuk Hamburg dalam perlawanan akhir Piala Eropah namun tewas kepada Nottingham Forest.

Lagu beliau, Head Over Heels in Love yang ditulis Chris Norman dan Pete Spencer diterbitkan pada 9 Jun 1979 berjaya berada pada kedudukan 31 dalam carta UK dan tempat ke-10 di Jerman. Walaubagaimanapun single kedua beliau, England gagal meraih perhatian.

Southampton
Keegan berpindah ke Southampton pada tahun 1980 dan beliau menerima gelaran Pemain Terbaik tahunan (PFA Player of the Year) dan pemain terbaik kelab setelah menjaringkan 26 gol untuk Southampton pada tahun 1982.

Keegan akhirnya berjaya muncul di Piala Dunia pada tahun 1982 di Sepanyol. England terpaksa menewaskan Sepanyol di peringkat kumpulan untuk melangkah ke pusingan seterusnya. Namun Keegan yang mengalami kecederaan belakang sebelum Piala Dunia gagal membantu England dan beliau diingati dengan tandukan bebasnya yang tersasar.

Sir Bobby Robson mengambil alih tempat selaku jurulatih selepas Piala Dunia dan Keegan diketepikan dari skuad utama menyebabkan Keegan secara umum menyuarakan kehampaan beliau dan menyatakan tidak akan lagi bermain untuk England. Beliau menamatkan karier bersama England dengan 63 penampilan, 31 penampilan sebagai ketua pasukan.

Pada tahun 1982, Keegan berpindah ke kelab divisyen 2, Newcastle United dengan bayaran £100,000.


Newcastle United
Beliau bersama Newcastle untuk dua musim, bermain 78 kali, menjaringkan 48 gol dan membawa Newcastle ke Divisyen 1 pada 1984. Keegan kemudiannya mengumumkan persaraannya sebelum berpindah ke Sepanyol untuk menetap di sana.

Lapan tahun kemudian, pada Februari 1992, Keegan kembali ke England untuk menjadi pengurus Newcastle United yang terjerumus ke divisyen 2. Ironinya Keegan membawa Newcastle ke divisyen 1 sebagai pemain dan beliau juga yang membawa Newcastle kembali ke divisyen 1 (Liga Perdana) sebagai pengurus.

Bersama pembantu yang juga rakan karibnya, Terry McDermott, Keegan membina Newcastle menjadi sebuah pasukan yang diigeruni. Mereka berjaya menggungguli tangga ke-3 pada musim pertama dalam Liga Perdana dan musim 1995-96 menjadi musim paling gemilang buat Keegan. Newcastle mempamerkan corak permainan menyerang yang belum pernah ditonjolkan mana-mana pasukan dalam EPL sehingga diberi jolokan The Entertainers. Menjelang Krismas, Newcastle mempunyai kelebihan 12 mata ke atas Manchester United dan Newcastle sudah berkira-kira untuk muncul jura liga buat kali pertama. Namun Keegan ternyata gagal menepis asakan daripada Sir Alex Ferguson yang terkenal dengan perang psikologinya dan Manchester United berjaya memintas mereka di hujung musim.

Keegan dikritik hebat oleh para penyokong kerana menjual Andy Cole kepada Manchester United namun beliau berjaya mendapatkan Alan Shearer dari Blackburn Rovers dengan rekod perpindahan tertinggi dunia ketika itu, £15 juta.

Keegan meletakkan jawatannya pada 7 Januari 1997 walaupun cuba dipujuk oleh pihak pengurusan Newcastle dan Newcastle jatuh ke tangga ke-4 musim tersebut. Ironinya tempat Keegan digantikan oleh Kenny Dalglish.

Fulham
Keegan bejaya membawa Fulham menjuarai Divisyen 2 pada tahun 1999 namun melepaskan jawatannya selepas itu untuk membimbing England, satu tindakan yang tidak disenangi oleh penyokong Fulham. Namun Keegan telah mendapatkan pemain pertahanan, Chris Coleman yang kemudiannya menjadi pengurus Fulham 5 tahun selepas itu.

England
Keegan dilantik sebagai jurulatih England pada Februari 1999 menggantikan Glenn Hoddle. Beliau memulakan kempen kelayakan Euro 2000 dengan kemenangan 3-1 ke atas Poland hasil jaringan hatrik Paul Scholes. Walaubagaimanapun Keegan dipersalahkan kerana gagal dalam Euro 2000. England tewas kepada Portugal 3-2 walaupun mendahului 2-0 dan kemudiannya menewaskan Jerman 1-0 hasil jaringan Shearer. Namun mereka tewas 2-1 kepada Romania dalm perlawanan penentuan untuk layak ke suku akhir, juga setelah mendahului lawan.

Keegan meletakkan jawatan pada 7 Oktober 2000 setelah England tewas 1-0 kepada Jerman hasil jaringan Dietmar Hamann pada perlawanan pertama peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia 2002. Beliau menyifatkan diri beliau tidak cukup bagus untuk membimbing pasukan di peringkat antarabangsa. Beliau hanya memenangi 38.9% perlawanan yang dibimbingnya menjadikan beliau antara jurulatih England yang memegang rekod terburuk. Kekosongan tempat jurulatih kemudiannya diisi oleh Sven Goran Eriksson.

Manchester City
Keegan dilantik sebagai pengurus Manchester City pada May 2001 menggantikan Joe Royle. Manchester City kemudiannya berjaya kembali ke Liga Perdana Inggeris tahun berikutnya setelah menjaringkan keseluruhan 124 gol dalam semua kejohanan. City menduduki tangga ke-9 pada musim pertama walaupun suatu ketika pernah berada di puncak ketika awal musim. Tahun berikutnya menyaksikan City merudum ke tangga ke-16 dan terkeluar dari Piala UEFA setelah disingkirkan pasukan tidak ternama dari Poland, Groclin.

Pada musim 2004-2005, City kembali di landasan yang betul namun Keegan meletakkan jawatan pada 10 Mac 2005 dan menyatakan hasrat beliau untuk bersara daripada bolasepak. Tempatnya digantikan oleh Stuart Pearce dan City menduduki tangga ke-8.

Walaubagaimanapun, tahun 2008 menyaksikan Keegan kembali ke arena bolasepak bersama Newcastle United dalam misinya membawa kembali kegemilangan yang pernah dikecapi Newcastle lewat era 90-an.

Saturday, January 12, 2008

Gosip Terkini

Manchester United sedang berusaha mendapatkan Klaas Jan Huntelaar dengan nilai £12juta.

Tottenham berminat untuk membawa Stewart Downing dari Middlesbrough ke White Heart Lane.

Freddie Kanoute menyatakan hasratnya untuk kembali ke White Heart Lane dan bersama dengan Juande Ramos.

Sementara itu, Ramos mengarahkan pembantunya untuk mencari penjaga gol yang baru dengan Maarten Stekelenburg dari Ajax sebagai calon utama.

Mark Hughes berminat untuk mendapatkan pemain Wigan, Jason Koumas dengan bayaran £3.5 juta.

Harry Redknapp mungkin akan ke Newcastle setelah dijanjikan insentif £20 juta untuk mendapatkan pemain baru dan beliau boleh menggunakan jet peribadi Mike Ashley untuk berulang-alik ke kediamannya di South Coast.

Portsmouh akan dibayar £3 juta seandainya Redknapp ke Newcastle.

Jika Newcastle gagal mendapatkan Redknapp, Mark Hughes bakal menjadi calon seterusnya.

Bekas Jurulatih England, Steve Meclaren mendedahkan bahawa beliau menerima ratusan payung sebagai hadiah Krismas daripada ‘rakan-rakannya.’

Anelka ke Chelsea


Chelsea ikat Anelka dengan £15 juta.

Anelka, yang telah menjaringkan 11 gol dalam 22 perlawanan musim ini telah lama dikaitkan dengan Chelsea walaupun telah menyambung kontrak
selama 4 tahun bersama Bolton.

Anelka kembali ke Liga Perdana Inggeris untuk bersama Bolton pada 2006 dengan nilai £8 juta dari kelab Turki, Fenerbahce dan beliau sering menyuarakan keinginannya untuk kembali bermain dalam saingan di peringkat Eropah.

Beliau yang menandatangani kontrak selama 3 tahun bersama Chelsea mungkin akan diturunkan dalam perlawanan menentang Tottenham Hotspur malam ini.

Bolton telah menolak tawaran Chelsea sebelum ini yang agak terdesak dengan ketiadaan Drogba yang bermain untuk Ivory Coast dalam kejohanan Piala Negara-negara Afrika.

Dengan ketiadaan Drogba dan Salomon Kalou, jentera serangan Chelsea ketika ini diletakkan sepenuhnya pada Claudio Pizzaro memandangkan Shevchenko mengalami kecederaan. Kehadiran Anelka saat ini pastinya dapat mengubat sengsara Chelsea.

Anelka sebelum ini pernah bermain untuk Arsenal, Liverpool dan Menchester City dalam Liga Perdana Inggeris, juga menjuarai Liga Juara-juara Eropah bersama Real Madrid.