Friday, July 17, 2009

Man Utd ke Malaysia Tanpa Vidic

Nemanja Vidic tidak akan beraksi menentang kesebelasan Malaysia esok dipercayai mengalami kecederaan pergelangan kaki. Beliau bersama-sama tiga lagi pemain United iaitu Owen Hargreaves yang masih cedera, Antonio Valencia dengan masalah kelulusan visa dan Gabriel Obertan yang juga cedera tidak akan menyertai barisan 22 orang pemain United sepanjang Asia Tour 09. Walaubagaimanapun Michael Owen yang baru diberikan jersi no.7 bakal beraksi esok.

Sementara itu, berikutan kejadian pengeboman di Ritz-Carlton Hotel Jakarta, perlawanan Manchester United menentang Indonesia Isnin ini terpaksa dibatalkan.

Kesebelasan Penuh: Edwin van der Sar, Tomasz Kuszczak, Ben Foster; Jonny Evans, Patrice Evra, Rio Ferdinand, Gary Neville, Wes Brown, John O'Shea, Fabio da Silva; Nani, Zoran Tosic, Darren Fletcher, Anderson, Darron Gibson, Paul Scholes, Michael Carrick, Ryan Giggs; Michael Owen, Dimitar Berbatov, Federico Macheda, Wayne Rooney.

No comments: