Monday, May 12, 2008

10 Perebutan Liga Paling Sengit


Manchester United melengkapkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali ke-10 dengan kemenangan 2-0 ke atas Wigan dan mengakhiri perebutan takhta paling sengit dekad ini.

Di sini disenaraikan senarai 10 perebutan liga paling sengit dalam sejarah bola sepak inggeris.

1. 1988/89: Juara - ARSENAL
1. Arsenal Plwn 38 Mata 76
2. Liverpool Plwn 38 Mata 76

Liverpool kelihatan berpeluang cerah untuk mencatatkan kejuaraan berganda dan masih boleh tewas 1-0 untuk menjuarai liga. Namun jaringan Michael Thomas di Anfield lewat permainan mengakhiri impian Liverpool setelah tewas 2-0 dengan Alan Smith menjaringkan gol pertama untuk Arsenal. Arsenal yang dibimbing George Graham menidakkan hasrat Liverpool untuk bergelar juara kali ke-7 pada era 80-an dengan kelebihan 1 jaringan.


2. 1971-72: Juara - DERBY COUNTY
1. Derby County Plwn 42 Mata 58
2. Leeds United Plwn 42 Mata 57
3. Liverpool Plwn 42 Mata 57
4. Manchester City Plwn 42 Mata 57

Pertembungan paling sengit dalam sejarah melibatkan 4 pasukan berpeluang merebuat kejuaraan. Derby tewas kepada Manchester City dan jatuh ke tangga ke-3 sebelum menewaskan Liverpool dalam aksi terakhir mereka untuk meletakkan mereka kembali di atas. Namun Liverpool dan Leeds masing-masing masih berkelebihan 1 perlawanan. Brian Clough mengambil keputusan membawa keluarganya bercuti ke Scilly Isles manakala pembantunya, Peter Taylor membawa pemain-pemain ke Sepanyol sambil mengharapkan nasib menyebelahi mereka. Liverpool seri 0-0 dengan Arsenal dan Leeds tewas 2-1 di tangan Wolves seminggu selepas perlawanan terakhir Derby. Seri sebenarnya sudah memadai buat Leeds untuk mencul juara kerana memiliki kelebihan jaringan.


3. 1967-68: Juara - MANCHESTER CITY

1. Manchester City Plwn 42 Mata 58
2. Manchester United Plwn 42 Mata 56

Pasukan Manchester United yang ketika itu diterajui Bobby Charlton, George Best dan Dennis Law hanya seminggu sebelum ditabalkan Juara Eropah, namun dikecewakan musuh setempat, Manchester City untuk dimahkotakan juara liga. United membenam Newcastle 6-0 manakala City menang 3-1 di White Heart Lane untuk membawa persaingan ke hari terakhir. United akhirnya tewas 2-1 di tangan Sunderland manakala City menang 4-3 menewaskan Newcastle untuk memberikan kejuaraan kali ke-2 buat mereka.


4. 1970/71: Juara - ARSENAL

1. Arsenal Plwn 42 Mata 65
2. Leeds United Plwn 42 Mata 64

Arsenal hanya memerlukan keputusan seri tanpa jaringan menentang Tottenham Hotspur untuk merangkul kejuaraan dan mereka berjaya mendapatkan keputusan 0-0 yang dicari. Seminggu kemudian mereka melengkapkan kejuraan berganda apabila menewaskan Liverpool 2-1 di Wembley untuk membawa pulang Piala FA.


5. 1998/99: Juara - MANCHESTER UNITED

1. Manchester United Plwn 38 Mata 79
2. Arsenal Plwn 38 Mata 78

Dengan baki tiga perlawanan, Arsenal dan United bersaing sengit tetapi Arsenal menghadapi laluan lebih sukar. United menang 1-0 ke atas Middlesbrough dan Arsenal menang 3-1 di White Heart Lane. Namun tugasan terbesar Arsenal adalah menentang Leeds dan ia terbukti apabila jaringan kemenangan lewat permainan oleh Jimmy Floyd Hasslebaink memberikan kelebihan kepada United. United seri 0-0 dengan Blackburn menyaksikan mereka perlu menewaskan Spurs di Old Trafford. Tottenham mendahului 1-0 menerusi Les Ferdinand namun David Beckham dan Andy Cole memastikan United merampas kejuaraan liga daripada Arsenal. Jaringan kemenangan Kanu di Aston Villa tidak lagi memberikan apa-apa makna.


6. 1975/76: Juara - LIVERPOOL

1. Liverpool Plwn 42 Mata 60
2. QPR Plwn 42 Mata 59

Queens Park Rangers hampir merampas takhta daripada Liverpool apabila mereka menewaskan Liverpool 2-0 pada awal musim dan tidak pernah tewas di halaman sendiri sepanjang musim, menang 17 daripada 21 perlawanan. Mereka menewaskan Leeds 2-0 namun Liverpool memastikan kejuaraan milik mereka apabila menewaskan pasukan yang sudah tersingkir ke divisyen 2, Wolves 3-0


7. 1985/86: Juara - LIVERPOOL

1. Liverpool Plwn 42 Mata 88
2. Everton Plwn 42 Mata 86

Pertengahan era 80-an menyaksikan penguasaan pasukan dari Merseyside iaitu Liverpool dan Evertoon. Everton di bawah kendalian Howard Kendell menjulang kejuaraan pada tahun 1985 dengan kelebihan 13 mata dan pada tahun 1987 dengan kelebihan 9 mata. Liverpool mengecewakan Everton pada 1986 hanya dengan kelebihan 2 mata dan kemudiannya menjulang Piala FA menewaskan Everton 3-1. Penentuan juara liga berlanjutan sehingga ke hari terakhir dengan kemenangan 6-1 Everton ke atas Southampton menyaksikan Liverpool hanya perlu seri menentang Chelsea. Kenny Dalglish yang bertindak sebagai pengurus memastikan kejuaraan milik liverpool dengan jaringan voley di Stamford Bridge.


8. 1991/92: Juara - LEEDS UNITED

1. Leeds United Plwn 42 Mata 82
2. Manchester United Plwn 42 Mata 78

Musim terakhir sebelum Premiership diperkenalkan (Liga Perdana/Professional) dan kali terakhir liga dimenangi oleh pengurus Inggeris. Mengemudi Leeds menjuarai Divisyen 2 dan tempat keempat pada musim pertama divisyen 1, Howard Wilkinson bertarung sengit bersama Alex Ferguson. Musim yang sepatutnya menyaksikan United menamatkan kemarau 25 tahun akhirnya dimenangi Leeds yang dibarisi Eric Cantona dan Gordan Strachan. Walaupun mengalami kekalahan besar di tangan Queen Park Rangers dan Manchester City, Leeds berjaya melengkapkan musim mereka dengan menumpaskan Sheffield united 3-2 manakala United tewas 2-0 di Anfield. Leeds merangkul kejuaraan dengan kelebihan 4 mata walaupun masih berbaki 1 perlawanan.


9. 1994/95: Juara - BLACKBURN ROVERS

1. Blackburn Rovers Plwn 42 Mata 89
2. Manchester United Plwn 42 Mata 88

Blackburn ke aksi akhir berkelebihan 2 mata setelah menang 1-0 ke atas Newcastle. Kenny Dalglish kembali bertandang ke Anfield manakala United berkunjung ke West Ham, menyedari kemenangan sudah cukup untuk mereka kerana memiliki kelebihan dari segi jaringan.Blackburn tewas 2-1 di Anfield namun United gagal memanfaatkan peluang di West Ham dan berkesudahan seri 1-1, memberikan kejuaraan mutlak milik Blackburn dengan kelebihan 1 mata.


10. 1995/96: Champions - MANCHESTER UNITED

1. Manchester United Plwn 38 Mata 82
2. Newcastle United Plwn 38 Mata 78

Setelah kecewa musim sebelumnya di tangan Blackburn, misi United tampak sukar dengan kebangkitan Newcastle United yang dibimbing Kevin Keegan. Ketinggalan 12 mata pada awal Januari, United menerusi inspirasi Eric Cantona melebarkan rekod kemenangan mereka kepada 13 perlawanan berturut-turut, dibantu oleh prestasi merudum Newcastle. Pasukan Keegan tewas 1-0 kepada United di St. James Park disusuli kekalahan berturut-turut di tangan Liverpool, Arsenal dan Blackburn memastikan United kembali merampas takhta Liga Perdana Inggeris buat kali ke-3.

No comments: