Wednesday, November 19, 2008

Sir Alex dan Didier Drogba Dihukum

Sir Alex Ferguson dan Didier Drogba masing-masing dikenakan tindakan oleh FA Inggeris atas kesalahan mempertikaikan keputusan pengadil dan membaling syiling ke arah penonton.

Alex Ferguson yang sebelum ini mempertikaikan keputusan Mike Dean ketika United menang 4-3 ke atas Hull di Old Trafford digantung 2 perlawanan bermula 2 Disember dan turut dikenakan denda 10,000 pound. Beliau hanya dibenarkan bersama pemain di dalam bilik persalinan dan tidak dibenarkan mendekati kawasan pertukaran pemain berdekatan padang dan bangku simpanan. Dalam perlawanan tersebut, Ferguson tidak berpuas hati dengan keputusan Mike Dean yang tidak melayangkan kad kuning kedua ke atas pemain Hull, Michael Turner setelah mengasari Michael Carrick. Beliau turut mempersoalkan tindakan Mike Dean menghadiahkan sepakan penalti kepada Hull selepas pergelutan Rio Ferdinand dan Bernard Mendy dalam kotak penalti.

Sementara itu, Didier Drogba menghadapi penggantungan 3 perlawanan setelah FA mendapati beliau bersalah membaling semula syiling ke arah penonton ketika tewas kepada Burnley menerusi sepakan penalti dalam Piala Liga. Drogba yang menjaringkan gol pendahuluan Chelsea cuba meraikan gol bersama Frank Lampard namun dilontar dengan syiling oleh penyokong Burnley. Walaubagaimanapun Drogba melakukan tindakan bodoh melempar semula syiling tersebut ke arah penyokong sambil memberi isyarat lucah. Penggantungan ini menyaksikan Drogba bakal terlepas peluang beraksi menentang Newcastle, Arsenal dan Bolton selepas hanya melakukan 5 penampilan musim ini kerana kecederaan lutut.

Penggantungan ini adalah yang serupa diterima oleh Jamie Carragher pada 2002 kerana melakukan kesalahan yang sama.

No comments: