Tuesday, May 20, 2008

Gosip Terkini

Frank Lampard dikhabarkan bakal menyertai Inter Milan setelah berakhirnya perlawanan akhir UEFA Champion League menentang Manchester United.

Manchester United terpaksa bersaing dengan Barcelona untuk mendapatkan khidmat Daniel Alves.

Chelsea bakal melantik Guus Hiddink sebagai pengurus menggantikan Avram Grant musim depan.

Arsenal hampir pasti melengkapkan perpindahan Samir Nasri dari Marseille dengan bayaran 13.5 juta pound.

Arsene Wenger mungkin akan membawa Miguel Veloso dari Sporting Lisbon atau Alberto Aquilani dari Roma bagi menggantikan Matthew Flamini.

Claudio Ranieri berminat untuk membawa Wayne Bridge ke Juventus.

David Moyes bakal menandatangi kontrak terbaru dengan 20 juta pound dijanjikan untuk dibelanjakan musim depan.

John Terry berhasrat membantu pasukannya menjulang trofi Liga Juara-juara Eropah bagi mencerahkan peluangnya bergelar ketua pasukan England mengatasi Rio Ferdinand.

Chelsea dan Manchester United menghadapi kesukaran untuk menghabiskan penjualan tiket perlawanan akhir di Moscow walaupun kapasiti stadium telah dikurangkan kepada 69,500 daripada 85,000

Bekas pelari pecut Great Britain, Darren Campbell sedang membantu Andriy Shevchenko dalam latihan kecergasan namun beliau adalah peminat setia Manchester United.

Lubos Michel, pengadil yang telah menganugerahkan jaringan atas garisan Luis Garcia ketika Liverpool menyingkirkan Chelsea pada separuh akhir Liga Juara-juara 2005 akan mengadili perlawanan akhir di antara Manchester United dan Chelsea. Beliau membidas keyataan Jose Mourinho yang menyifatkan gol tersebut sebagai "gol hantu" dengan menyatakan seandainya penjaga garisan tidak memberikan isyarat bola telah melintasi garisan, beliau mungkin terpaksa memberikan penalti kepada Liverpool dan melayangkan kad merah kepada Peter Chech.

Monday, May 12, 2008

10 Perebutan Liga Paling Sengit


Manchester United melengkapkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali ke-10 dengan kemenangan 2-0 ke atas Wigan dan mengakhiri perebutan takhta paling sengit dekad ini.

Di sini disenaraikan senarai 10 perebutan liga paling sengit dalam sejarah bola sepak inggeris.

1. 1988/89: Juara - ARSENAL
1. Arsenal Plwn 38 Mata 76
2. Liverpool Plwn 38 Mata 76

Liverpool kelihatan berpeluang cerah untuk mencatatkan kejuaraan berganda dan masih boleh tewas 1-0 untuk menjuarai liga. Namun jaringan Michael Thomas di Anfield lewat permainan mengakhiri impian Liverpool setelah tewas 2-0 dengan Alan Smith menjaringkan gol pertama untuk Arsenal. Arsenal yang dibimbing George Graham menidakkan hasrat Liverpool untuk bergelar juara kali ke-7 pada era 80-an dengan kelebihan 1 jaringan.


2. 1971-72: Juara - DERBY COUNTY
1. Derby County Plwn 42 Mata 58
2. Leeds United Plwn 42 Mata 57
3. Liverpool Plwn 42 Mata 57
4. Manchester City Plwn 42 Mata 57

Pertembungan paling sengit dalam sejarah melibatkan 4 pasukan berpeluang merebuat kejuaraan. Derby tewas kepada Manchester City dan jatuh ke tangga ke-3 sebelum menewaskan Liverpool dalam aksi terakhir mereka untuk meletakkan mereka kembali di atas. Namun Liverpool dan Leeds masing-masing masih berkelebihan 1 perlawanan. Brian Clough mengambil keputusan membawa keluarganya bercuti ke Scilly Isles manakala pembantunya, Peter Taylor membawa pemain-pemain ke Sepanyol sambil mengharapkan nasib menyebelahi mereka. Liverpool seri 0-0 dengan Arsenal dan Leeds tewas 2-1 di tangan Wolves seminggu selepas perlawanan terakhir Derby. Seri sebenarnya sudah memadai buat Leeds untuk mencul juara kerana memiliki kelebihan jaringan.


3. 1967-68: Juara - MANCHESTER CITY

1. Manchester City Plwn 42 Mata 58
2. Manchester United Plwn 42 Mata 56

Pasukan Manchester United yang ketika itu diterajui Bobby Charlton, George Best dan Dennis Law hanya seminggu sebelum ditabalkan Juara Eropah, namun dikecewakan musuh setempat, Manchester City untuk dimahkotakan juara liga. United membenam Newcastle 6-0 manakala City menang 3-1 di White Heart Lane untuk membawa persaingan ke hari terakhir. United akhirnya tewas 2-1 di tangan Sunderland manakala City menang 4-3 menewaskan Newcastle untuk memberikan kejuaraan kali ke-2 buat mereka.


4. 1970/71: Juara - ARSENAL

1. Arsenal Plwn 42 Mata 65
2. Leeds United Plwn 42 Mata 64

Arsenal hanya memerlukan keputusan seri tanpa jaringan menentang Tottenham Hotspur untuk merangkul kejuaraan dan mereka berjaya mendapatkan keputusan 0-0 yang dicari. Seminggu kemudian mereka melengkapkan kejuraan berganda apabila menewaskan Liverpool 2-1 di Wembley untuk membawa pulang Piala FA.


5. 1998/99: Juara - MANCHESTER UNITED

1. Manchester United Plwn 38 Mata 79
2. Arsenal Plwn 38 Mata 78

Dengan baki tiga perlawanan, Arsenal dan United bersaing sengit tetapi Arsenal menghadapi laluan lebih sukar. United menang 1-0 ke atas Middlesbrough dan Arsenal menang 3-1 di White Heart Lane. Namun tugasan terbesar Arsenal adalah menentang Leeds dan ia terbukti apabila jaringan kemenangan lewat permainan oleh Jimmy Floyd Hasslebaink memberikan kelebihan kepada United. United seri 0-0 dengan Blackburn menyaksikan mereka perlu menewaskan Spurs di Old Trafford. Tottenham mendahului 1-0 menerusi Les Ferdinand namun David Beckham dan Andy Cole memastikan United merampas kejuaraan liga daripada Arsenal. Jaringan kemenangan Kanu di Aston Villa tidak lagi memberikan apa-apa makna.


6. 1975/76: Juara - LIVERPOOL

1. Liverpool Plwn 42 Mata 60
2. QPR Plwn 42 Mata 59

Queens Park Rangers hampir merampas takhta daripada Liverpool apabila mereka menewaskan Liverpool 2-0 pada awal musim dan tidak pernah tewas di halaman sendiri sepanjang musim, menang 17 daripada 21 perlawanan. Mereka menewaskan Leeds 2-0 namun Liverpool memastikan kejuaraan milik mereka apabila menewaskan pasukan yang sudah tersingkir ke divisyen 2, Wolves 3-0


7. 1985/86: Juara - LIVERPOOL

1. Liverpool Plwn 42 Mata 88
2. Everton Plwn 42 Mata 86

Pertengahan era 80-an menyaksikan penguasaan pasukan dari Merseyside iaitu Liverpool dan Evertoon. Everton di bawah kendalian Howard Kendell menjulang kejuaraan pada tahun 1985 dengan kelebihan 13 mata dan pada tahun 1987 dengan kelebihan 9 mata. Liverpool mengecewakan Everton pada 1986 hanya dengan kelebihan 2 mata dan kemudiannya menjulang Piala FA menewaskan Everton 3-1. Penentuan juara liga berlanjutan sehingga ke hari terakhir dengan kemenangan 6-1 Everton ke atas Southampton menyaksikan Liverpool hanya perlu seri menentang Chelsea. Kenny Dalglish yang bertindak sebagai pengurus memastikan kejuaraan milik liverpool dengan jaringan voley di Stamford Bridge.


8. 1991/92: Juara - LEEDS UNITED

1. Leeds United Plwn 42 Mata 82
2. Manchester United Plwn 42 Mata 78

Musim terakhir sebelum Premiership diperkenalkan (Liga Perdana/Professional) dan kali terakhir liga dimenangi oleh pengurus Inggeris. Mengemudi Leeds menjuarai Divisyen 2 dan tempat keempat pada musim pertama divisyen 1, Howard Wilkinson bertarung sengit bersama Alex Ferguson. Musim yang sepatutnya menyaksikan United menamatkan kemarau 25 tahun akhirnya dimenangi Leeds yang dibarisi Eric Cantona dan Gordan Strachan. Walaupun mengalami kekalahan besar di tangan Queen Park Rangers dan Manchester City, Leeds berjaya melengkapkan musim mereka dengan menumpaskan Sheffield united 3-2 manakala United tewas 2-0 di Anfield. Leeds merangkul kejuaraan dengan kelebihan 4 mata walaupun masih berbaki 1 perlawanan.


9. 1994/95: Juara - BLACKBURN ROVERS

1. Blackburn Rovers Plwn 42 Mata 89
2. Manchester United Plwn 42 Mata 88

Blackburn ke aksi akhir berkelebihan 2 mata setelah menang 1-0 ke atas Newcastle. Kenny Dalglish kembali bertandang ke Anfield manakala United berkunjung ke West Ham, menyedari kemenangan sudah cukup untuk mereka kerana memiliki kelebihan dari segi jaringan.Blackburn tewas 2-1 di Anfield namun United gagal memanfaatkan peluang di West Ham dan berkesudahan seri 1-1, memberikan kejuaraan mutlak milik Blackburn dengan kelebihan 1 mata.


10. 1995/96: Champions - MANCHESTER UNITED

1. Manchester United Plwn 38 Mata 82
2. Newcastle United Plwn 38 Mata 78

Setelah kecewa musim sebelumnya di tangan Blackburn, misi United tampak sukar dengan kebangkitan Newcastle United yang dibimbing Kevin Keegan. Ketinggalan 12 mata pada awal Januari, United menerusi inspirasi Eric Cantona melebarkan rekod kemenangan mereka kepada 13 perlawanan berturut-turut, dibantu oleh prestasi merudum Newcastle. Pasukan Keegan tewas 1-0 kepada United di St. James Park disusuli kekalahan berturut-turut di tangan Liverpool, Arsenal dan Blackburn memastikan United kembali merampas takhta Liga Perdana Inggeris buat kali ke-3.

United Dimahkotakan Juara England Kali ke-17









Friday, May 2, 2008

Gosip Terkini

Manchester United berhasrat membawa penyerang baru yang mempunyai kelebihan dari segi fizikal dengan bintang West Ham Utd, Dean Ashton menjadi tumpuan.

Matthew Flamini menyatakan hasratnya untuk menyertai AC Milan walaupun sebelum ini Juventus menunjukkan minat.

Manchester United telah membida £15.8 juta ke atas pemain pertahanan kanan Porto, Jose Bosingwa namun Porto meletakkan £22 juta untuk melepaskan beliau.

Rafa Benitez sedang merancang untuk melepaskan Peter Crouch, Xabi Alonso, John Arn Riise dan Jermain Pennant untuk membiayai pembelian Gareth Barry, Philip Degen dan Antonio Valencia.

Benni McCarthy menyifatkan bahawa ura-ura Jose Mourinho ingin membawanya ke Chelsea menjadi punca utama kemerosotan prestasinya musim ini bersama Blackburn.

Nicholas Anelka tidak akan dapat beraksi menentang pasukan lamanya, Bolton dalam perlawanan terakhir liga yang mungkin menjadi penentu kejuaraan liga musim ini.

Alex Mcleish dimaklumkan tidak akan dipecat walaupun Bermingham tersingkir ke Divisyen 1.

Thaksin Sinawatra menawarkan Jose Mourinho sebagai pengurus Man City menggantikan Sven Goran Eriksson.

Jamie Carragher lebih rela Chelsea memenangi Liga Juara-Juara Eropah sambil menegaskan beliau tidak menyukai Manchester United.

Monday, April 21, 2008

Gosip Terkini

Jose Mourinho telah bersetuju untuk menjadi pengurus Inter Milan dan sedang merancang untuk membelanjakan £35 juta bagi membawa Frank Lampard dan Didier Drogba ke San Siro.

Samuel Eto'o menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Barcelona dengan Chelsea menunjukkan minat.

Juventus menawarkan kontrak 5 tahun bernilai £3.5 juta setahun kepada Mathieu Flamini.

Chelsea merancang untuk membelanjakan £20 juta bagi mendapatkan Franck Ribery dari Bayern Munich.

Wayne Rooney mungkin terpaksa diberikan ubat penahan sakit menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Barcelona Rabu ini setelah mengalami kecederaan bahagian pinggang ketika seri 1-1 dengan Blackburn Sabtu lalu.

Sven Goran Eriksson tidak terlalu memikirkan masa depannya bersama Manchester City musim depan sambil menganggap kedudukannya tidak tergugat.

Saturday, April 19, 2008

Sejarah Piala Eropah (EURO)

Idea kejohanan dicetus oleh Persatuan Bolasepak Perancis melalui Henri Delaunay yang merupakan setiausaha agung UEFA yang pertama pada tahun 1927, namun hanya menjadi kenyataan pada tahun 1958. Sebagai penghargaan kepada beliau, Piala Eropah diberikan nama Henri Delaunay Trophy. Beliau meninggal dunia 5 tahun sebelum kejohanan pertama pada 1960.

Kejohanan pertama pada 1960 di Perancis menyaksikan hanya 4 pasukan layak ke pusingan akhir daripada 17 pasukan yang mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan dengan Itali dan Jerman Barat tidak mengambil bahagian. Soviet Union muncul juara eropah yang pertama apabila menewaskan Yugoslavia 2-1 dalam perlawanan akhir di Paris.

Sepanyol menjadi tuan rumah untuk kejohanan berikutnya pada tahun 1964. Sepanyol muncul juara setelah menewaskan Soviet Union 2-1 di Santiago Bernabéu, Real Madrid.

Format kejohanan kekal serupa pada tahun 1968 di Itali namun berlaku kejutan apabila buat kali pertama dan terakhir keputusan perlawanan ditentukan dengan lambungan syiling, membabitkan Itali dan Soviet Union di separuh akhir. Itali mara ke pusingan akhir untuk menewaskan Yugoslavia 3-1 dalam perlawanan timbal balik setelah seri 1-1 dalam perlawanan pertama.

Kejohanan berikutnya dilangsungkan di Belgium dengan Jerman Barat muncul sebagai juara setelah menewaskan USSR 3-0 dalam perlawanan akhir di Brussels. Pasukan Jerman Barat ini kemudiannya muncul juara Piala Dunia 2 tahun berikutnya.

Kejohanan pada tahun 1976 adalah yang terakhir membabitkan 4 pasukan di pusingan akhir dan yang terakhir memberikan kelayakan automatik kepada tuan rumah. Czechoslovakia menundukkan Jerman Barat melalui penentuan sepakan penalti yang buat pertama kalinya diperkenalkan dengan sepakan ‘chip’ Antonín Panenka menewaskan penjaga gol Jerman Barat menjadi penentu.

Lapan pasukan mengambil bahagian dalam pusingan akhir tahun 1980 di Itali dengan melibatkan perlawanan kumpulan. Juara setiap kumpulan layak ke perlawanan akhir manakala naib juara kumpulan bertanding untuk penentuan tempat ke-3 dan ke-4. Jerman Barat muncul juara buat kali ke-2, menewaskan Belgium 2-1 di Stadio Olimpico, Rome.

Perancis menggondol kejuaraan pertama mereka pada tahun 1984 di bumi sendiri dengan Michel Platini menjaringkan 9 gol dalam 5 perlawanan termasuk gol pertama dalam perlawanan akhir menewaskan Sepanyol 2-0. Format kejohanan turut berubah dengan 2 pasukan teratas setiap kumpulan layak ke separuh akhir.

Euro 1988 di Jerman Barat menyaksikan kebangkitan Belanda yang diterajui Marco Van Basten apabila menewaskan Jerman Barat 2-1 di separuh akhir. Mereka kemudiannya muncul juara setelah menewaskan USSR 2-0 hasil jaringan cantik oleh Van Basten yang dianggap tercantik dalam sejarah Euro.

Euro 1992 di Sweden mencatatkan kejutan paling besar apabila Denmark muncul juara walaupun hanya layak di saat-saat akhir setelah menggantikan Yugoslavia yang menarik diri akibat perang. Mereka mencatatkan keputusan di luar jangkaan apabila menewaskan Jerman 2-0 selain menundukkan juara bertahan, Belanda di separuh akhir dalam penentuan sepakan penalti dengan Peter Schmeichel menyelamatkan percubaan Marco Van Basten. Kejohanan ini menjadi kejohanan pertama disertai Jerman setelah disatukan dan buat pertama kalinya nama pemain dicetak di belakang jersi.

Euro 1996 di England mencatatkan penampilan terbanyak di pusingan akhir iaitu 16 pasukan mengambil bahagian dan dibahagikan kepada 4 kumpulan. England yang diketuai Paul Gascoigne dan Alan Shearer menjadi pasukan pilihan namun tewas kepada pasukan Jerman di separuh akhir melalui penentuan sepakan penalti. Jerman kemudiannya muncul pemenang apabila bangkit dari ketinggalan 1-0 untuk menewaskan Czech Republic menerusi 2 gol daripada Oliver Bierhoff pada masa tambahan ’Golden Gol’ yang pertama kali diperkenalkan.

Euro 2000 muncul kejohanan pertama yang melibatkan 2 tuan rumah iaitu Belanda dan Belgium. Perancis yang turun dengan status juara Piala Dunia 1998 menewaskan Itali 2-1 dalam perlawanan akhir. Sylvain Wiltord menjaringkan gol penyamaan pada minit terakhir perlawanan menewaskan Toldo sebelum David Trezeguet menjaringkan gol cantik pada masa tambahan untuk menobatkan Perancis selaku juara berganda.

Seperti pada tahun 1992, Euro 2004 sekali lagi menjadi medan buat pasukan bukan pilihan iaitu Greece muncul pemenang. Mereka mengejutkan pasukan tuan rumah, Portugal pada perlawanan pembukaan sebelum menewaskan mereka buat kali kedua dalam perlawanan akhir. Mereka turut menewaskan Perancis dan Czech Republic sepanjang laluan mereka ke aksi akhir dan menjadi pasukan tunggal tidak pernah tewas sepanjang kejohanan sejak pusingan kelayakan.


Fakta Euro:

Pasukan paling berjaya:
- Jerman (3 kali: 1972, 1980, 1996)
- Perancis (2 kali: 1984, 2000)

Penampilan terbanyak dalam pusingan akhir:
- Jerman (10 kali)

Penjaring terbanyak:
1. Michel Platini – 9 gol
2. Alan Shearer – 7 gol
3. Patrick Kluivert – 6 gol

Friday, April 18, 2008

Gosip Terkini

Chelsea yakin bakal mendapatkan Kaka dari AC Milan dengan nilai £50 juta.

AC Milan bersetuju untuk membawa Ronaldinho ke San Siro dengan bayaran £22 juta.

Arsenal bercadang untuk mendapatkan penyerang Palermo, Amauri dengan tawaran bernilai £3.2 juta setahun.

Ejen Dimitar Berbatov menyatakan bahawa bintang Spurs tersebut ingin beraksi dalam Liga Juara-juara Eropah dan menguatkan lagi kemungkinan beliau bakal meninggalkan Spurs dengan Manchester United menunjukkan minat.

Wes Brown bakal menandatangani kontrak baru bersama United dengan bayaran £60,000 seminggu.

Pengurus Blackburn, Mark Hughes menyatakan minatnya untuk mendapatkan khidmat Paul Scholes dan Ryan Giggs sekiranya mereka tidak lagi diperlukan di Old Trafford.

Pemain pertahanan Newcastle United, Stephen Carr dikaitkan dengan perpindahan ke Everton.

Liverpool mungkin terpaksa menjual Fernando Torres dan Ryan Babel seandainya mereka gagal menjelaskan pinjaman bernilai £35.1 juta yang digunakan untuk mendapatkan pemain tersebut.

Juande Ramos bersedia melepaskan tonggak pertahanan, Ledley King yang sering dibelenggu kecederaan dan tugas sebagai ketua pasukan mungkin diserahkan kepada Jonathan Woodgate.

Nicky Shorey belum membuat keputusan untuk menyambung kontrak bersama Reading sehingga pasukannya terselamat dari penyingkiran.

Sven Goran Eriksson menegaskan bahawa beliau akan kekal di Manchester City musim depan.