Monday, November 10, 2008

Chelsea Terus Terajui Liga, Spurs Selamat

Dengan tumbangnya Manchester United di tangan Arsenal 2-1 Sabtu lalu, harapan Arsenal untuk merangkul kejuaraan liga kembali terbuka setelah sebelum ini kelihatan terumbang-ambing, gagal mencatatkan kemenangan dalam 3 perlawanan berturut-turut.

Pertembungan Arsenal dan Manchester United adalah yang paling sengit musim ini dengan kedua-dua pasukan menampilkan corak serangan pantas yang akhirnya memihak kepada Arsenal hasil penyudah berbisa Samir Nasri. Manchester United harus menyalahkan diri sendiri atas kesilapan mempersiakan 2 peluang terbaik mereka melalui Ronaldo dan Rooney untuk sekurang-kurangnya berkongsi mata dengan Arsenal. Berpunca daripada Berbatov, Ronaldo menghidangkan Rooney peluang di depan gol untuk Manchester United mendahului, sebaliknya bintang England tersebut merembat bola ke arah penonton. Ronaldo pula menghantar bola ke sisi gawang Almunia pada separuh masa ke-2 walaupun menerima umpanan cantik Park Ji Sung.

Australia - Norton Internet Security 2009

Kekalahan United adalah yang ke-2 musim ini dalam liga, juga kekalahan ke-2 di tangan pesaing kejuaraan liga selepas ditewaskan Liverpool 2-1 di Anfield, dalam perlawanan yang menyaksikan United turun sebagai pasukan pilihan memandangkan Steven Gerrard dan Fernando Torres dibelenggu kecederaan.

Begitupun, United masih mampu berasa lega setelah menyaksikan bintang muda mereka, Rafael Da Silva menjaringkan gol cantik pada babak akhir permainan untuk membuktikan beliau mampu menggalas tugas di bahagian pertahanan United menggantikan Gary Neville.

Chelsea dan Liverpool masing-masing mencatatkan kemenangan untuk terus melebarkan jarak di persada liga. Liverpool menewaskan West Bromwich 3-0 hasil inspirasi Robbie Keane manakala Chelsea menewaskan Blackburn dalam aksi hujan lebat di Ewood Park.

Perebutan takhta liga kini terarah kepada Chelsea dan Liverpool namun Arsenal dan United masih berpeluang dengan United masih memiliki kelebihan 1 perlawanan.

Pergelutan di tangga 3 tercorot pula menyaksikan Newcastle kembali dalam kelompok penyingkiran setelah tewas 2-1 kepada Fulham. Sunderland pula buat kali pertama dalam kelompok tercorot selepas tumbang di tangan Portsmouth 2-1. West Bromwich mengambil alih kedudukan Tottenham di tangga tercorot dengan sentuhan Harry Redknapp sekali lagi memberikan kemenangan buat Tottenham, keluar dari zon bahaya buat kali pertama .

1 comment:

Anonymous said...

Hi there..

Do you mind to change my link and anchor text from "http://r1ooooo.blogspot.com - FOOTBALL: Just Love The Game" to "http://www.insideworldsoccer.com - inside World Soccer"?

Thank you in advance :)