Wednesday, November 26, 2008

Liga Juara-Juara Eropah: Man U dan Arsenal ke Pusingan ke-2

Kumpulan E

Manchester United dan Villareal mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-juara Eropah setelah seri 0-0 pagi tadi. Kedua-dua pasukan kini mengutip mata yang sama namun kelebihan jaringan memihak kepada United untuk mendahului kumpulan E dan berpeluang cerah mara selaku juara kumpulan apabila bakal melayan kunjungan pasukan dari Denmark, AaB Aalborg di Old Trafford dalam perlawanan terakhir kumpulan.

Celtic gagal melayakkan diri ke pusingan kedua malah tersingkir dari Piala Uefa selepas tewas 2-1 di tangan Aalborg.

Kumpulan F

2 gol awal dari Jean Makoun dan Karim Benzema sudah cukup untuk membawa Lyon ke pusingan kedua, menewaskan Fiorentina yang terpaksa berpuas hati untuk bersaing dalam Piala Uefa.

Bayern Munich menewaskan Steau Bucharest 3-0 untuk mengiringi Lyon ke pusingan kalah mati hasil jaringan Miroslav Klose dan dan Luca Toni.

Kumpulan G

Skuad Arsenal yang turun buat kali pertama dengan Fabregas sebagai ketua pasukan turut layak selepas jaringan lewat Nicklas Bendtner 3 minit sebelum berakhir perlawanan berjaya menundukkan Dynamo Kiev 1-0. Turut layak adalah Porto yang menewaskan Fenerbahce 2-1.

Kumpulan H

Real Madrid mengiringi Juventus ke pusingan kedua dengan kemenangan 1-0 mengatasi BATE Borisov hasil jaringan Raul. Zenit St Petersburg tersingkir setelah seri tanpa jaringan dengan Juventus yang telahpun layak lebih awal.



1 comment:

debun.ga said...

Juventus pegang musim ni.. aku rasa
Godek Blog