Monday, November 12, 2007

Man Utd 2-0 Blackburn




2 gol Ronaldo benam rekod tanpa kalah Blackburn di gelanggang lawan.


Manchester United meggungguli takta Liga Perdana Inggeris buat seketika apabila 2 jaringan daripada Cristiano Ronaldo membantu United menewaskan Blackburn di Old Trafford.

Blackburn Rovers turun dengan reputasi sebagai salah satu pasukan selain Arsenal dan Liverpool yang masih belum tewas di gelanggang lawan musim ini dan mereka hampir mengekalkan rekod tersebut apabila rembatan Christoper Samba terkena palang gol United tatkala Van Der Sar sudahpun tertewas.

Blackburn berjaya mengekang United untuk tempoh 30 minit pertama dan Bred Freidel hanya diuji oleh rembatan Carlos Tevez yang berjaya ditepis keluar. Namun segalanya berubah apabila sepakan sudut Ryan Giggs berjaya disudahkan oleh Ronaldo dengan satu tandukan kencang ke penjuru gawang pada minit ke 34.

Blackburn yang cuba mengasak United untuk mencari gol penyamaan akhirnya dihukum dengan gerakan pantas United yang dimulakan oleh Tevez dan Saha yang akhirnya mudah disudahkan oleh Ronaldo hanya seminit selepas gol pertama.

Blackburn mendapat peluang pada separuh masa kedua dengan Samba sekali lagi menjadi ancaman kepada kubu United namun tandukannya berjaya diselamatkan Van Der Sar sebelum Patrice Evra mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Gandingan Benny Mccarthy dan Santa Cruz gagal mengucarkan-kacirkan pertahanan United sebaliknya mensia-siakan hantaran-hantaran silang daripada David Bentley.

Segala-galanya berakhir buat Blackburn apabila David Dunn dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari Saha. Mark Hughes kelihatan tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil dan merasakan kekasaran David Dunn ke atas Tevez pada separuh masa pertama tidak patut menerima kad kuning.

Manchester United gagal menambah gol walaupun berhadapan dengan Blackburn yang bermain dengan 10 pemain dan keputusan kekal hingga ke akhir permainan.

Arsenal yang masih mempunyai kelebihan 2 perlawanan bakal kembali menerajui liga seandainya mereka menewaskan Reading hari ini.


1 comment:

Anonymous said...

bela la oi....