Monday, November 19, 2007

Peluang England Kembali Cerah

England vs Croatia
21 November 2007 (2000 GMT)


Peluang England untuk ke pusingan akhir Euro 2008 kembali cerah setelah cabaran terdekat mereka, Russia tewas 2-1 di tangan Israel sabtu lalu. Mereka hanya memerlukan seri di Wembley Rabu ini untuk layak ataupun menewaskan Croatia dengan kelebihan 2 gol untuk menjuarai kumpulan.

Seandainya tewas, berkuburlah harapan England kerana perlawanan terakhir Russia adalah menentang pasukan tercorot, Andorra yang tewas semua 11 perlawanan setakat ini.

England dan Russia hanya dibezakan 2 mata dan seri buat England sudah cukup walaupun Russia menewaskan Andorra. Mereka bakal memiliki mata yang sama, iaitu 24 tetapi jika dikira rekod perlawanan timbal balik, England memiliki kelebihan jaringan 4-2 setelah menewaskan Russia di Wembley 3-0.

Croatia yang sudah pun layak setelah Russia tewas di Israel kini tidak boleh berpuas hati. England bakal memintas mereka untuk menjuarai kumpulan jika mampu menewaskan Crotia dengan jaringan 2-0, kerana mereka memiliki kelebihan jaringan berbanding Croatia.

Jika England menang 3-1 atau 4-2, keadaan masih berpihak kepada Croatia kerana jika dikira daripada rekod timbal balik, Croatia akan memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan. Seandainya tewas 1-0 pun, Croatia tetap menjuarai kumpulan.

No comments: