Tuesday, November 13, 2007

Reading 1-3 Arsenal


Arsenal Kembali Terajui Liga


Liga Perdana Inggeris kembali dikuasai Arsenal selepas menewaskan Reading 3-1 di Madejski. Jaringan daripada Flamini, Adebayor dan Hleb sudah cukup untuk membuktikan mereka sukar digugat ketika ini.

Arsenal mempamerkan aksi meyakinkan seperti yang biasa ditunjukkan oleh anak buah Wenger musim ini dengan Reading lebih banyak bertahan dan hanya meletakkan Kevin Doyle berseorangan di bahagian serangan.

Adebayor hampir menjaringkan gol pada awal babak pertama namun rembatannya terkena palang dan Arsenal kelihatan hampa sehinggalah Hleb melorongkan bola untuk Flamini mudah menewaskan penjaga gol untuk gol pertama Asenal pada minit ke-44 walaupun cuba dikeluarkan oleh Stephen Hunt.

Taktik Steve Coppell meletakkan ramai pemain di bahagian tengah menyaksikan mereka sukar mendapatkan peluang menjaringkan gol dan Almunia tidak perlu bekerja keras di kubu Arsenal.

Adebayor menjaringkan gol kedua Arsenal pada minit ke-52 dan hampir menjaringkan hatrik namun jaringannya dibatalkan kerana offside. Hleb mempamerkan aksi cemerlangnya dengan larian di dalam kawasan penalti Reading sebelum menggelecek Hahnemann dan mudah menolak masuk untuk gol ketiga Arsenal.

Reading akhirnya mendapat gol saguhati apabila tandukan Hunt yang terkena palang disudahkan oleh Nicky Shorey 3 minit sebelum tamat permainan.

No comments: